suria

Dokumen beri petunjuk baru Michael ketagihan dadah

Jackson kelihatan beraksi semasa konsert "30th Anniversary Celebration, The Solo Years" pada 7 September 2001 di New York's Madison Square Garden. -foto REUTERS
Jackson kelihatan beraksi semasa konsert
Jackson kelihatan beraksi semasa konsert "30th Anniversary Celebration, The Solo Years" pada 7 September 2001 di New York's Madison Square Garden. -foto REUTERS

PIHAK berkuasa telah memperolehi banyak dokumen penting yang diambil dari perbicaraan kes pencabulan kanak-kanak Michael Jackson pada tahun 2005.

Dokumen itu memberi gambaran baru tentang keadaan Jackson yang terlalu bergantung kepada dadah.

Selewat tahun 1993, Jackson telah menggunakan berbagai nama untuk mendapatkan dadah, menurut Joey Jeszeck, pekerjanya di Neverland Ranch.

Jeszeck, yang bekerja di bahagian keselamatan memberitahu pihak polis Santa Barbara County Sherif pada tahun 1993 yang Jackson akan menyuruhnya pergi ke farmasi dan mengambil ubat yang telah dipreskripsikan untuknya.

"Kadang-kadang nama di dalam preskripsi itu berbeza-beza. Apabila pihak farmasi tidak mahu memberi ubat yang tertera di dalam preskrepsi itu, Jackson akan menelefon doktor dan menyuruhnya mengeluarkan preskripsi lain dengan nama Jeszeck."

Jeszeck berkata, "Salah seorang doktor yang selalu memberi preskripsi itu ialah Dr. Farshchian di Florida."

Artikel Lain