suria

Hayden akui dirinya liar semasa di sekolah

AKTRES Hollywood, Hayden Panettiere. - foto AP
AKTRES Hollywood, Hayden Panettiere. - foto AP
AKTRES Hollywood, Hayden Panettiere. - foto AP

AKTRES Hollywood, Hayden Panettiere mengakui dirinya 'liar' semasa belajar di sekolah.

Bintang berusia 19 tahun itu berkata dia menyukai zaman persekolahan kerana memberi peluang kepadanya untuk bertingkah laku liar dan memberontak.

"Saya mempunyai pengalaman zaman persekolahan yang hebat," media memetik Panettiere sebagai berkata.

"Saya sukakan banyak keseronokan, liar, gila-gila dan melakukan sesuatu secara sembrono.

"Bagaimanapun, saya tidak mempunyai pengalaman belajar di sekolah tinggi tradisional kerana saya belajar di rumah," tambah Panettiere.

Walaupun diajar di rumah, Panettiere masih bersyukur kerana tidak terlepas meniti zaman persekolahan.

"Saya berparti dan tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya. Saya menonton perlawanan sukan dan lain-lain lagi," katanya.

Aktres 'The Heroes' baru-baru ini mendedahkan dia ingi mencuba mengarahkan filem.

"Semestinya, mungkin suatu hari nanti. Terdapat banyak perkara yang boleh saya pelajari sebagai pengarah," kata Panettiere.

Artikel Sebelum

Artikel Lain