suria

'Harry Potter' kepingin vakum sebagai hadiah hari jadi

Rupert Grint (kiri) dan Daniel Radcliffe membintangi filem "HARRY POTTER AND THE CHAMBER OF SECRETS".
Rupert Grint (kiri) dan Daniel Radcliffe membintangi filem
Rupert Grint (kiri) dan Daniel Radcliffe membintangi filem "HARRY POTTER AND THE CHAMBER OF SECRETS".

BINTANG Harry Potter, Daniel Radcliffe mendedahkan dia inginkan pembersih vakum sebagai hadiah hari jadi ke-20.

Ini kerana katanya, dia merupakan seseorang yang kurang teratur dan tidak kemas.

Radcliffe yang menyambut hari jadinya pada 23 Julai ini mengakui, dia hanya sedar dia mempunyai tabiat 'pengotor' selepas berpindah ke rumahnya.

Lebih-lebih lagi, ibu bapanya tidak meleterinya lagi untuk menjaga kebersihan persekitaran rumah.

"Sejak tahun lalu, saya telah tinggal berseorangan dan ia memang seronok. Pun begitu, saya baru sedar betapa ibu bapa saya terpaksa melayan saya," media memetik Radcliffe sebagai berkata.

"Saya ialah seorang yang cukup tidak kemas dan teratur. Saya tidak menjaga rumah pangsa saya. Oleh itu, satu permintaan hari jadi saya ialah pembersih vakum," kata Radcliffe.

Artikel Sebelum

Artikel Lain