suria

Johnny Depp tidak suka menonton filemnya sendiri

Johnny Depp melambai tangan setibanya dia ke tayangan perdana filem lakonannya "Public Enemies" di Mann Village theatre, Westwood, California pada 23 Jun 2009. - foto REUTERS
Johnny Depp melambai tangan setibanya dia ke tayangan perdana filem lakonannya
Johnny Depp melambai tangan setibanya dia ke tayangan perdana filem lakonannya "Public Enemies" di Mann Village theatre, Westwood, California pada 23 Jun 2009. - foto REUTERS

JOHNNY Depp merupakan nama yang tidak asing lagi dalam Industri perfileman di Hollywood.

Beliau adalah antara pelakon yang menerima bayaran paling tinggi.

Bagaimanapun, bintang filem "Public Enemies" itu tidak pernah menonton filem yang dilakonkanya meskipun ia memakan masa berbulan-bulan untuk disiapkan.

"Kalau filem itu mendapat sambutan hangat, itu baguslah... tapi saya tak boleh la seolah-olah tahu mengenai keseluruhan filem tersebut,"

"Bila penggambaran untuk watak saya sudah siap, maknanya kerja saya sudah selesai. Maksud saya, kemungkinan untuk saya tidak menonton filem itu adalah 90%," kata Johnny Depp.

Artikel Lain