suria

Jermaine dan ibu bertengkar pasal pengebumian di Neverland Ranch

Abang Michael Jackson, Jermaine Jackson mahu adiknya dikebumikan di Neverland. - foto REUTERS
Abang Michael Jackson, Jermaine Jackson mahu adiknya dikebumikan di Neverland. - foto REUTERS
Abang Michael Jackson, Jermaine Jackson mahu adiknya dikebumikan di Neverland. - foto REUTERS

IBU Michael Jackson telah berselisih faham dengan abang Michael, Jermaine ekoran ibunya tidak mahu Michael dikebumikan di Neverland.

Jermaine mahu rumah di ladang ternakan ini menjadi tempat terakhir Jacko untuk berehat dengan amannya.

Tetapi ibunya, Katherine mengatakan ladang ternakan tersebut telah tercemar kerana pernah diserbu polis semasa siasatan kes penderaan kanak-kanak suatu ketika dahulu.

Menurut satu sumber yang hampir kepada Katherine berkata: "Adalah lebih baik jika Michael terus meninggalkan Neverland untuk selama-lamanya dan tidak kembali ke sana lagi.

"Dia merasakan tempat itu telah diceroboh oleh penguatkuasa undang-undang selepas perbicaraan kes pencabulannya. Dia merasakan tempat yang telah dibina Michael ini telah dicemari.

"Katherine juga menyatakan yang dia akan terus manjadi pelindung anak lelakinya itu biarpun anaknya telah mati."

Menurut rakan-rakan mereka juga, satu perbincangan hangat telah diadakan berkenaan isu tersebut.

Walaupun perdebatan keluarga telah berlaku tetapi keputusan untuk mengebumikan Michael masih tidak dapat dibuat.

Jermaine bagaimanapun telah menyuarakan hasratnya di khalayak ramai untuk mengebumikan Michael di Neverland.

"Ini merupakan rumahnya, dia yang membinanya. Mengapa dia tidak boleh dikebumikan di sini? Saya dapat rasakan kehadirannya," kata Jermaine ketika berucap di Neverland.

Jermaine juga berkata kepada ibunya: "Saya mahu ibu saya datang ke sini dan merasai apa yang saya rasa. Dia(Michael) membina tempat ini dengan penuh kasih sayang dan saya pasti anda juga dapat melihatnya dan merasakannya."

Pengebumian Jacko telah ditangguhkan sehingga ujian perubatan ke atas otaknya selesai.

Diharapkan pihak perubatan dapat memberi satu gambaran yang jelas dalam keputusannya nanti berkenaan apa yang menyebabkan penyanyi ini mati pada usia 50 tahun yang dikatakan berpunca dari serangan sakit jantung.

Keranda Jacko telah dibawa ke satu lokasi rahsia selepas majlis peringatannya yang diadakan di Los Angeles. Ketua Polis Los Angeles, William Bratton enggan untuk mendedahkan lokasi rahsia tersebut.

"Kami perlu menyimpan beberapa rahsia," tambah Bratton.

Bagaimanapun dia mengesahkan bahawa mayat Michael tidak akan dibawa ke tanah perkuburan Forest Lawn

Jika mereka telah memutuskan untuk mengebumikannya di Neverland, keluarga Jackson perlu mendapatkan permit kebenaran untuk majlis pengebumiannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain