suria

Salman Khan terasa semakin tua?

Salman Khan mengacarakan rancangannya sendiri iaitu '10 Ka Dum'. - foto REUTERS
Salman Khan mengacarakan rancangannya sendiri iaitu '10 Ka Dum'. - foto REUTERS
Salman Khan mengacarakan rancangannya sendiri iaitu '10 Ka Dum'. - foto REUTERS

KETIKA Salman Khan hadir ke set pengambaran rancangannya '10 Ka Dum' dapat dilihat janggut telah tumbuh di dagunya dan menjadi tanda tanya adakah dia menyimpan janggut kerana peranan yang digalas dalam rancangan itu.

Tetapi ianya tidak dapat dipastikan kerana sebabnya adalah peribadi berbanding sebab profesional.

Menurut sumber, Salman yang kini berusia 44 tahun, telah mengalami kecederaan belakang apabila tisu di bahagian belakangnya koyak ketika dia menjalani latihan di gim dan berada dalam keadaan yang sakit.

Sebagai artis dia terpaksa kembali ke set sehingga tidak ada masa untuk bersiap dengan kemas dan bercukur.

Satu-satunya peluang berehat yang dia terima adalah ketika mengambil cuti pendek setelah mengalami sakit belakang yang melampau. Seperti kata Salman sendiri, umurnya semakin lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain