suria

Rachel Weisz mahu botox diharamkan

Rachel Weisz mahu Botox diharamkan untuk pelakon. - foto AFP
Rachel Weisz mahu Botox diharamkan untuk pelakon. - foto AFP
Rachel Weisz mahu Botox diharamkan untuk pelakon. - foto AFP

PELAKON Rachel Weisz tanpa ragu-ragu memberikan pendapatnya agar botox diharamkan untuk para pelakon.

Pelakon yang membintangi filem "Constant Gardener" ini berkata dia mahu rawatan kosmetik ini dihentikan dan diharamkan kerana sejak kemunculannya ia banyak memberi kesan negatif kepada pelakon.

"Ia seharusnya diharamkan sama seperti steroid diharamkan kepada ahli sukan," kata Rachel kepada satu sumber.

Pemenang anugerah Oscar ini menyatakan dia lebih tertarik dengan fesyen jalanan London berbanding fesyen yang dia tengok di New York atau LA.

Rachel menambah: "Saya suka dengan cara budak-budak perempuan di London berpakaian, berbeza dengan sesetengah orang Amerika yang gemar menghias diri dengan begitu beria-beria."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain