suria

Jackson akan bersemadi bersama 'bintang kenamaan Hollywood'

Laman web Staples Center di Los Angeles pada 4 Julai, 2009. Satu upacara memperingati "Raja Pop" bakal diadakan pada 7 Julai 2009 di The Staples Center. Wakil keluarga Jackson berkata laman itu menerima 500 juta hit dalam tempoh masa kurang daripada dua jam. - foto AFP
Laman web Staples Center di Los Angeles pada 4 Julai, 2009. Satu upacara memperingati
Laman web Staples Center di Los Angeles pada 4 Julai, 2009. Satu upacara memperingati "Raja Pop" bakal diadakan pada 7 Julai 2009 di The Staples Center. Wakil keluarga Jackson berkata laman itu menerima 500 juta hit dalam tempoh masa kurang daripada dua jam. - foto AFP

SETELAH berkorban dan menyerahkan jiwa dan raganya dalam dunia hiburan, 'Raja Pop' Michael Jackson akan terus dikelilingi oleh bintang-bintang ternama Hollywood selepas dikebumikan nanti.

Selepas gagal dikebumikan di Neverland ranch disebabkan masalah mendapat kebenaran, kali ini dijangkakan bintang terkenal ini akan dikebumikan di 'Forest Lawn Memorial Park'.

Terletak di kawasan bukit San Fernando Los Angeles, kawasan perkuburan yang cantik ini berukuran 300 ekar berhampiran bukit-bukit dan mempunyai banyak gereja-geraja kecil serta makam.

Tanah perkuburan ini yang mempunyai tanah-tanah yang subur telah lama wujud dan menjadi pilihan orang-orang kaya dan terkenal di Los Angeles.

Menurut sumber, tanah perkuburan ini dipercayai menjadi tempat di mana Michael akan disemadikan.

Di tanah perkuburan yang paling ekslusif di dunia ini nanti, Jacko akan disemadikan bersama bintang lagenda seperti Clark Gable, Errol Flynn, Humphrey Bogart, Sammy Davis Jnr dan Nat King Cole.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain