suria

Kritikan Megan Fox mengarut, kata pengarah Transformers 2

Direktor Michael Bay ketika tiba di tayangan perdana "Transformers: Revenge of the Fallen di Los Angeles. foto-AP
 Direktor Michael Bay ketika tiba di tayangan perdana
Direktor Michael Bay ketika tiba di tayangan perdana "Transformers: Revenge of the Fallen di Los Angeles. foto-AP

MODEL bertukar pelakon, Megan Fox dilabelkan sebagai mengarut oleh direktor filem terbarunya, Michael Bay selepas Megan mengkritik filem itu dalam satu temuramah.

Megan membuat satu kenyataan mengejutkan dalam temuramah tersebut apabila mengatakan filem terbarunya itu, 'Transformers 2' adalah 'bukan filem yang menonjolkan tentang lakonan', lapor sebuah laman web.

"Itulah perangai Megan...dia sudah berusia 23 tahun, sepatutnya dia sudah matang" kata Michael Bay.

"Tiada siapa yang kenal Megan Fox sebelum saya mengambil dia berlakon dalam filem 'Transformers'," tambah Michael.

Artikel Lain