suria

Michael Jackson tidak senarai bapa dalam wasiat

Joe Jackson memegang gambar anaknya, MJ. -foto AFP
Joe Jackson memegang gambar anaknya, MJ. -foto AFP
Joe Jackson memegang gambar anaknya, MJ. -foto AFP

WALAUPUN para peguam keluarga Jackson mendakwa tidak wujud sebarang wasiat untuk mendiang Michael Jackson, kini muncul satu draf wasiat berusia tujuh tahun baru-baru ini.

Menurut laporan media, draf wasiat Jackson pada 2002 itu antara lain meninggalkan estet kepada ibunya Katherine Jackson, tiga anaknya - Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7 - dan sekurang-kurangnya satu badan amal.

Apa yang mengejutkan ialah bapa Jackson, Joe Jackson tidak tersenarai sebagai salah seorang pewaris dalam draf wasiat tersebut.

Dokumen tersebut juga menamakan attorney (wakil) John Branca dan eksekutif muzik, John McClain sebagai executor (wasi) untuk harta pusaka/estet Jackson.

Branca digaji dari 1980 hingga 2006 dan kemudian perkhidmatannya disambung semula sehingga kematian mengejut Jackson pada Khamis lalu.

Meskipun Jackson dilaporkan meninggal dunia dengan hutang kira-kira $500 juta, sumber memberitahu, nilai-nilai asetnya berkemungkinan jauh melebihi $200 juta.

Sumber itu menambah, draf wasiat 2002 akan dikemukakan kepada mahkamah seawal Khamis ini.

Artikel Lain