suria

Madonna- Guy jalin semula hubungan demi anak angkat Mercy

Diva Pop Madonna bersama dengan anak angkatnya dari Malawi, David Banda (kiri). -foto AFP
Diva Pop Madonna bersama dengan anak angkatnya dari Malawi, David Banda (kiri). -foto AFP
Diva Pop Madonna bersama dengan anak angkatnya dari Malawi, David Banda (kiri). -foto AFP

ANAK angkat perempuan Madonna yang bernama Mercy James dikhabarkan berjaya menjalin semula perhubungan antara Ratu Pop, Madonna dan bekas suami, Guy Ritchie.

Pasangan selebriti itu berpisah secara rasmi pada awal tahun ini dan mereka didakwa tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Difahamkan penyanyi tersohor itu menjemput Ritchie ke rumahnya untuk menemui Mercy, 4, yang kini tinggal bersama anak-anaknya.

Mereka ialah Lourdes, 12, Rocco, 8 dan anak angkat David Banda, 3.

Guy diberitakan telah menghabiskan satu malam bersama Madonna dan anak-anak mereka.

"Guy menemui Mercy di rumah Madonna dan mereka segera rapat. Dia menamakan Mercy sebagai 'Koala' kerana Mercy mempunyai tabiat berpaut kepada sesiapa yang memeluknya," kata satu sumber.

Guy turut dikhabarkan menemani Madonna dan Mercy ke Pusat Kabbalah London.

Artikel Lain