suria

Janet dilantik wasi harta pusaka Michael Jackson?

Michael Jackson mencium Janet Jackson (kiri) selepas Janet menyampaikan Anugerah The Grammy Legend semasa The 35th Annual Grammy Awards pada 24 Februari, 1993. - foto AFP

SEKIRANYA apa yang digembar-gemburkan oleh media itu adalah benar, Janet mungkin dilantik sebagai wasi harta pusaka Michael Jackson.

Wasi ialah individu yang dilantik untuk menunaikan wasiat.

"Dia (Janet) mempunyai kuasa untuk bersuara. Dia memiliki semua dokumen kerana dia menjaga barang-barang Jackson," media memetik seorang saudara mendiang sebagai berkata.

Bintang handalan, 'The Thriller' itu didakwa meninggal dunia dengan hutang sekeliling pinggang di sekitar 300 juta pound.

Media melaporkan seorang jurucakap Janet berkata, Janet enggan memberikan komen mengenai kemungkinan dirinya dilantik sebagai wasi estet Jackson.

Janet kelihatan tiba di rumah sewa Jackson di Los Angeles pada Sabtu lalu.

Dia memandu kereta Bentley. Pada masa itu, beberapa pekerja kelihatan memunggah barang-barang kepunyaan Jackson ke dalam trak.

Artikel Lain