suria

Dua bintang 'Transformers' sedang hangat bercinta

Megan Fox dilamun cinta. -foto REUTERS
Megan Fox dilamun cinta. -foto REUTERS
Megan Fox dilamun cinta. -foto REUTERS

DESAS-DESUS bertiup kencang bahawa bintang-bintang 'Transformers', Megan Fox dan Shia LaBeouf sedang berpacaran.

Mereka berdua kelihatan duduk sebelah menyebelah semasa makan malam dengan 10 kenalan termasuk pengarah filem, Oliver Stone di Nobu pada 25 Jun lalu.

Apa yang menerbitkan syak tersebut adalah mereka kelihatan benar-benar menyukai sesama sendiri.

"Mereka sememangnya amat saling menyukai sesama sendiri," menurut satu sumber.

Satu sumber lain menambah, semasa berparti di rumah Rose di West Hollywood pada awal minggu ini, "Shia asyik melihat Megan. Dia hakikatnya merenungnya (Megan) seperti helang sepanjang malam itu."

Sementara itu, filem "Transformers: Revenge of the Fallen" menduduki tempat teratas pada carta box office selepas meraih 112 juta dolar.

Artikel Lain