suria

Lindsay tukar pakaian lima kali sambut hari jadi

Lindsay Lohan. -foto AFP
Lindsay Lohan. -foto AFP
Lindsay Lohan. -foto AFP

AKTRES Lindsay Lohan tidak sabar-sabar untuk menyambut hari lahirnya pada bulan Julai ini hinggakan dia memulakan perayaan sambutan seawal mungkin dengan caranya tersendiri.

Ketika Lindsay di Sin City, Las Vegas untuk melancarkan produk Sevin Nyne di Wet Republic, dia berjaya menukarkan suasana menjadi sebuah parti hari jadi.

Dan bagi memperingati kematian Michael Jackson, Lindsay telah mengenakan pakaian ala stail 'Billie Jean'.

Walaupun gosip kencang mengatakan Lindsay sudah berbaik semula dengan kekasih (teman wanitanya) Samantha Ronson, pasangan kekasih ini masih belum kelihatan di majlis umum.

Bagi memeriahkan sambutan hari jadinya, Lindsay telah menukar pakaian sebanyak lima kali. Salah satu pakaian yang dikenakan ialah baju denim dan seluar putih yang berpotongan ranggi dan menampakkan sedikit seluar dalamnya dan bikini merah potongan ala bandaj dipadankan dengan cermin mata besar seperti mata belalang.

Malah, kawan-kawan rapatnya siap menyediakan sebiji kek hari jadi untuk Lindsay.

Setelah majlis hari jadinya berakhir, teman rapat memberitahu, Lindsay terus pulang ke kediaman Samantha di Los Angeles.

Artikel Lain