suria

'Harry Potter' sifatkan pengalaman cium Emma Watson sebagai luar biasa

Rupert Grint (kanan) dan Emma Watson. - foto AFP
Rupert Grint (kanan) dan Emma Watson. - foto AFP
Rupert Grint (kanan) dan Emma Watson. - foto AFP

BINTANG Harry Potter Rupert Grint menyifatkan pengalamannya mencium Emma Watson dalam filem Harry Potter and the Half-Blood Prince sebagai "luar biasa".

Ini kerana kata Grint, dia berasa dirinya seakan-akan mencium adiknya.

"Kami telah mengenali untuk 10 tahun dan ini menyebabkan saya berasa seperti mencium adik saya," kata Grint kepada media.

"Kami memang tekad untuk mencium dengan betul sejak dari awal lagi. Bagaimanapun cubaan pertama gagal kerana kami terlalu prihatin apa yang akan berlaku seterusnya.

"Kami tidak dapat berhenti ketawa," tambah Grint yang tidak berminat berpacaran dengan sesiapa aktres dalam mana-mana filem lakonannya.

Grint berkata secara peribadi, dia tidak pernah mempunyai perhubungan istimewa dengan gadis-gadis.

"Saya lebih suka perhubungan adalah normal dan tidak lebih daripada itu," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain