suria

Fazura gembira pendakwa tak bantah pembebasannya

KUALA LUMPUR: "Saya sangat gembira dan bersyukur. Saya dah penat turun naik mahkamah selama lima tahun," kata pelakon Fazura selepas pihak pendakwaan hari ini menarik semula permohonan membantah perintah pembebasannya berhubung tuduhan mencederakan seorang surirumah.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 25, kelihatan ceria dan tidak putus-putus tersenyum selepas prosiding di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah sebelum itu membatalkan permohonan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 23 September tahun lalu, yang membebas dan melepaskan pelakon itu daripada tuduhan mencederakan Geraldine Mariana Wong, 33, pada 1.20 pagi 19 Dis 2004 di sebuah kelab malam.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya Mazelan Jamaludin. Fazura diwakili peguam Fakrul Azman Abu Hasan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain