suria

Madonna penyanyi paling kaya di dunia

Madonna ketika menghadiri Majlis Vanity Fair Oscar di West Hollywood, California. foto - AP
Madonna ketika menghadiri Majlis Vanity Fair Oscar di West Hollywood, California. foto - AP
Madonna ketika menghadiri Majlis Vanity Fair Oscar di West Hollywood, California. foto - AP

DIVA popular Madonna adalah penyanyi paling kaya didunia menurut majalah Forbes.

Dia dilaporkan mempunyai jumlah pendapatan sebanyak 73 juta pound sterling tahun lepas.

Turut tersenarai dalam tiga tempat teratas ialah Celine Dion dan Beyonce Knowles dengan pendapatan tahunan masing-masing sebanyak 66 juta dan 58 juta.

Untuk menyusun senarai pendapatan penyanyi popular, Majalah Forbes menilai pendapatan yang diperolehi penyanyi tersebut dari segi penjualan album dan jelajah bermula Jun 2008 hingga Jun 2009.

Artikel Lain