suria

Yuna: Saya tak pernah tipu dan kurang ajar

Yunalis Zarai (tiga dari kiri) ketika muncul dalam program Muzik-Muzik. - foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR
Yunalis Zarai (tiga dari kiri) ketika muncul dalam program Muzik-Muzik. - foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR
Yunalis Zarai (tiga dari kiri) ketika muncul dalam program Muzik-Muzik. - foto THE STAR oleh IBRAHIM MOHTAR

BARU tiga tahun penyanyi wanita indie yang dikenali sebagai Yuna menempa nama dalam industri seni hiburan ini, namanya sudah tercemar akibat gosip yang bertiup kencang mengatakan dirinya menipu!

Mana tidaknya, gadis berusia 23 tahun ini mengenakan imej bertudung dan tidak pernah mendapat jolokan artis yang ‘membuat perangai’.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai akui gosip sudah menjadi permain dunia hiburan yang tidak pernah lari daripada hidup seseorang artis itu.

Lantas, tanpa rasa dendam di hati, Yuna akur dengan gosip itu dan mahu lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Gosip itu mendakwa Yuna memberikan alasan bapa saudaranya meninggal dunia untuk mengelak daripada menjalani sesi fo tografi bersama media tetapi dalam masa yang sama dia masih boleh menghadiri sebuah lagi program di tempat yang berlainan.

Ketika mendapat tahu tentang cerita negatif itu baru-baru ini, Yuna berkata hatinya terusik kerana gosip itu mengelirukan apabila dua cerita yang berbeza digabungkan.

“Saya rasa terguris sikit sebab tak betul. Saya tertanya-tanya yang ni yang mana dan yang ni pula yang mana.

“Saya rasa mungkin yang ini didengar oleh orang ini dan yang itu pula didengar oleh orang yang lain. Saya pun tak tahu dan cuma meneka tentang apa yang ditulis itu.

“Terus terang saya katakan yang saya tidak pernah membuat seperti itu. Kenyataan itu tidak betul dan ia dikeluarkan tanpa usul periksa.

“Lepas tu baru diorang tahu sebenarnya pak cik Stacy yang meninggal. Saya rasa semuanya sebab ‘miscommunication’,” luah Yuna yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Stacy.

Menurut Yuna, dia memang dimaklumkan oleh pengurusnya, Pa’an tentang sesi fotografi yang ingin dilakukan oleh wakil media itu.

Namun, Yuna berkata dia tidak berjanji apa-apa dengan media itu sehingga tidak sedar yang orang itu sebenarnya sedang menunggunya.

“Masa tu saya sedang menghadiri gig di Teluk Cempedak dengan lima band yang lain.

“Selepas menyanyi tiga buah lagu, saya hanya meluangkan masa sekejap dengan peminat dan apabila masa sudah dekat waktu Maghrib terus saya pulang ke rumah.

“Bila tahu dah nak Maghrib, takkan saya nak "stay’ dan duduk lepak kat situ pula. Nanti orang kata apa pula.

“Saya pula tak tahu yang media itu tunggu dan saya pun tak kenal yang mana satu.

“Walaupun kami naik satu bas, saya tak tetap tak perasan sebab ramai band lain yang turut ikut rombongan itu. Tetapi selepas gig tu, saya balik sendiri dengan Pa’an.

“Jadi, mungkin juga mereka keliru dengan cerita Stacy masa tu,” jelas Yuna panjang lebar.

Tambahnya, gig ini sebenarnya telah lama berlaku iaitu kira-kira sebulan lalu.

Sementara cerita yang mengatakan dia berada di pulau peranginan pada hari yang sama itu pula sebenarnya baru berlangsung pada minggu lalu.

Kata Yuna, waktu itu dia sedang menjayakan rakaman program untuk RTM selama tiga episod di Pulau Pangkor, Ipoh dan Taiping, Perak.

Yuna menegaskan yang dia tidak pernah berdolak-dalik apabila ada pihak yang meminta untuk membuat sesi fotografi atau temubual dengannya.

“Saya yakin yang saya tak pernah tipu, kurang ajar dan bercakap elok-elok dengan orang lain,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain