suria

Kenali automobil menerusi program PHAT Rides di 8TV

PHAT Rides, sebuah program baru yang mempunyai elemen campuran ‘Top Gear’, ‘Pimp my Ride’ dan ‘Overhaulin’ telah disiarkan di saluran hip 8TV.

Bagi peminat-peminat kereta anda pasti tidak sabar-sabar untuk menyaksikan program baru yang sarat dengan info ini.

Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di 8TV dan dibuat khas untuk peminat-peminat kereta di Malaysia.

Phat Rides mula disiarkan setiap Rabu bermula 10 Jun lalu jam 9.30 malam di saluran hip 8TV!

Phat Rides terbahagi kepada lima bahagian iaitu ‘Car–Toons’, ‘Phat Chat’, ‘Phat Rider’, ‘Dream Drive’ dan ‘Phat Facts’.

‘Car–Toons’ merupakan sebuah lakonan pendek tentang dunia automotif yang disampaikan dengan cara yang cukup menghiburkan.

Phat Chat pula memuatkan temubual dengan selebriti-selebriti terkenal dalam dunia automotif tentang isu-isu terkini yang berlaku dalam industri automotif.

Antara selebriti-selebri yang ditemubual ialah Tg. Djan (Raja ‘Drift’ Malaysa), Alex & Philipa Yoong, Gunaseelan Rajoo & Karamjit Singh (Pelumba Kereta Malaysia) dan ramai lagi!

Bagi segmen ‘Phat Rider’ pula anda dapat menyaksikan proses pengubahsuaian sebuah kereta Ford Escort pada setiap minggu.

‘Dream Drive’ pula memberikan peluang kepada penonton untuk membawa kereta idaman masing-masing.

Jika anda ingin mendapatkan tips-tips menarik tentang kereta, anda perlu menonton segmen ‘Phat Facts’ untuk berkongsi tips-tips yang berguna.

“Rancangan ini dibuat khas untuk penonton-penonton yang gemarkan kereta dan peminat otomotif di Malaysia,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Bagi peminat fanatik kereta, anda boleh menyaksikan gambar-gambar di belakang tabir dan mendapatkan pelbagai tips-tips menarik di www.8tv.com.my.

Phat Rides merupakan sebuah rancangan yang cukup menghiburkan dan inovatif. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Phat Rides setiap Rabu bermula 10 Jun 2009 hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menyaksikan siaran 8TV di saluran 708 Astro.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain