suria

Kareena sesak nafas

Kareena Kapoor. - foto AP
Kareena Kapoor. - foto AP
Kareena Kapoor. - foto AP

SEKIRANYA anda perasan Kareena Kapoor lemas semasa set penggambaran "The 3 Idiots" di Ladakh yang berakhir Isnin lalu, ini adalah disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Lokasi penggambaran itu di Ladakh sebenarnya terletak pada 13,900 kaki atas paras laut. Lumrahnya pelancong-pelancong yang ke situ mengadu akan sesak nafas.

Jadi, tidak mustahil Kareena, Aamir Khan, Madhavan dan Sharman Joshi turut mengalami kesesakan nafas.

Kata Kareena, "Kami mempunyai bekalan oksigen yang sedikit, tiada elektrik dan tiada air panas. Selain itu, saya memakai baju perkahwinan 'ghagra-choli' dalam kesejukan. Boleh anda bayangkan bila angin bertiup menghempas tubuh badan saya!"

Untuk melindungi dirinya daripada kesejukan, Kareena memakai baju pemanas. "Tetapi ia tidak banyak membantu. Walaupun sejuk, ia adalah cukup berbaloi untuk filem hebat ini," kata Kareena.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain