suria

Kamera tersembunyi dijumpai di bilik hotel Paris Hilton

Peralatan kamera tersembunyi telah dijumpai di bilik hotel Paris Hilton di Dubai - foto REUTERS
Peralatan kamera tersembunyi telah dijumpai di bilik hotel Paris Hilton di Dubai - foto REUTERS
Peralatan kamera tersembunyi telah dijumpai di bilik hotel Paris Hilton di Dubai - foto REUTERS

PARIS Hilton amat gusar selepas pembantu peribadinya menjumpai peralatan kamera tersembunyi ketika menjalankan pemeriksaan rutin di bilik hotel selebriti itu di Dubai.

Menurut laporan, Hilton berada di Dubai untuk program realiti terbarunya, My New Best Friend Forever.

Tetapi lawatan bintang itu ke sana nampaknya tercemar dengan insiden tersebut apatah lagi setelah pengawal peribadinya mendapat tahu aksi Hilton mungkin telah dirakamkan sepanjang penginapannya di bilik resort eksklusif di Dubai itu.

"Ia seperti alat pemancar...kami tidak pasti apa yang alat itu telah perolehi atau kepada siapa ia dipancarkan. Tetapi apa yang pasti, perkara ini telah membuatkan Paris rasa sangat takut.

"Keselamatan Paris telah ditingkatkan dan pekerja hotel sedang menyiasat bagaimana peralatan itu boleh berada di dalam biliknya," kata sumber.

Artikel Lain