suria

Lady Gaga tiada masa hadiri parti hiburan

Lady Gaga lebih suka menghabiskan masa di rumah dan mencipta lagu daripada menghadiri parti mahupun majlis hiburan

LADY Gaga berkata, dia lebih rela menghabiskan masa di rumah dan mencipta lagu daripada menghadiri parti mahupun majlis hiburan.

Penyanyi lagu Poker Face ini yang memang dikenali dengan gaya hidup berparti dan pilihan fesyen yang melampau berkata, dia tidak mempunyai masa untuk menghadiri majlis-majlis sedemikian.

Tegas penyanyi berusia 23 tahun ini, dia lebih gemar berehat di rumah dan memberi tumpuan terhadap material untuk menghasilkan lagu bersama rakan-rakannya.

"Saya bukannya seorang yang suka keluar dan berparti. Saya sebenarnya suka menggunakan masa yang ada dengan membuat lagu dan berada di dalam studio.

"Saya tiada banyak masa untuk relaks tetapi saya tiada masa untuk majlis-majlis seperti itu juga...saya gembira seperti ini," katanya.

Artikel Lain