suria

Asin cedera berlatih seni mempertahan diri, Kalaripayattu

Asin
Asin
Asin

ASIN cedera teruk pada kaki kanannya semasa berlatih seni mempertahankan diri, Kalaripayattu di Kerala.

Kakinya bengkak sehingga Asin gagal bergerak apatah lagi untuk berjalan di atas permaidani merah acara anugerah filem.

Bagaimanapun, dia yang berprinsip "komitmen tetap komitmen" telah terenjut-enjut seorang diri ke Macau.

Asin berjaya menyembunyikan keadaan kakinya yang sakit dengan begitu baik sekali walaupun dia tidak memakan sebarang pil anti-sakit.

"Ya, itu memang benar," akui Asin dari rumah baru yang beruang luas di Green Acres Andheri.

Katanya, "Bukan sahaja berlatih seni mempertahankan diri, saya juga dibesarkan dengan tanpa mengambil pemanis dan rempah-ratus."

Asin menambah, gula dianggap sebagai 'racun putih' di rumahnya.

Artikel Lain