suria

Lindsay ditinggalkan Samantha sekali lagi

Lohan dilaporkan sekali lagi putus cinta dengan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson - foto AP
Lohan dilaporkan sekali lagi putus cinta dengan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson - foto AP
Lohan dilaporkan sekali lagi putus cinta dengan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson - foto AP

LINDSAY Lohan dilaporkan sekali lagi putus cinta dengan kekasih lesbiannya, Samantha Ronson menerusi teks mesej yang dihantar oleh Ronson dengan mengatakan hubungan mereka amat teruk.

Pasangan itu yang baru kembali bersama awal bulan ini dikatakan telah bertengkar gara-gara rakan Ronson iaitu Nicole Richie.

Menurut satu sumber: "Nicole enggan berada di dalam bilik yang sama dengan Lindsay dan Lindsay amat marah bila Samantha dijemput menghadiri parti yang diadakan oleh Nicole sedangkan dia tidak dijemput sama."

Ronson dikatakan telah menghantar mesej kepada bintang Mean Girls itu dan meminta agar tidak menghubunginya lagi.

Pasangan ini telah berpisah buat pertama kalinya pada April lalu setelah hampir dua bulan menjalinkan hubungan.

Artikel Lain