suria

Keluarga pening dengan karenah Nicole Richie

Nicole yang sedang hamil tujuh bulan itu dikatakan mengidam benda yang bukan-bukan sehingga memeningkan keluarga dan rakan-rakannya - foto AP

BAKAL ibu, Nicole Richie nampaknya telah membuatkan keluarganya pening dengan karenahnya.

Nicole yang sedang hamil tujuh bulan itu dikatakan mengidam benda yang bukan-bukan sehingga memeningkan keluarga dan rakan-rakannya.

"Dia bukannya benar-benar inginkannya, tetapi perkara ini memang memeningkan semua orang," kata bapanya, Lionel Richie.

Richie dan suaminya Joel Madden turut merahsiakan jantina anak tersebut untuk memberi 'kejutan' kepada semua.

"Ia memang menyeronokkan. Joel inginkan anak lelaki, tetapi mengenali Nicole saya tahu dia mahukan anak perempuan. Mereka tidak beritahu saya jantina anak itu kerana saya akan beritahu semua orang," kata Lionel.

Artikel Lain