suria

Iron Maiden dapat gelaran pemuzik terbaik Britain

IRON MAIDEN (dari kiri ke kanan)... pemain gitar Adrian Smith, pemain dram Nicko McBrain, penyanyi Bruce Dickinson, dan pemain gitar Janick Gers. - foto AFP

KUMPULAN rock Iron Maiden meraih gelaran kumpulan pemuzik Britain terbaik untuk dua tahun berturut-turut di Anugerah The Metal Hammer Golden God baru-baru ini.

Media melaporkan kumpulan yang popular dengan lagu "Run to the Hills" itu turut memenangi anugerah tertinggi, iaitu The Golden God award.

"Run to the Hills" ialah lagu single keenam Iron Maiden dan merupakan single pertama dari album kumpulan itu, The Number of the Beast (1982).

Sebuah kumpulan pemuzik Amerika Syarikat, Slipknot juga memenangi dua anugerah - Best International Act and Best Live Band.

Artikel Sebelum

Artikel Lain