suria

Road tour ‘lelong amal’ Suria FM

Nubhan lelong baju sejuk. -foto The Star oleh ALLISON LAI
Nubhan lelong baju sejuk. -foto The Star oleh ALLISON LAI
Nubhan lelong baju sejuk. -foto The Star oleh ALLISON LAI

SIRI jelajah promosi Suria FM kembali lagi dengan konsep berbeza di mana selain dapat berhibur dengan persembahan artis, pengunjung juga boleh beramal dengan membeli barangan peribadi artis yang akan dilelong.

Baru-baru ini, krew Suria FM telah mengadakan sesi ‘road tour lelong amal di Dataran Pahlawan Melaka' pada 30 Mei (Sabtu) di Dataran Pahlawan Melaka dan 31 Mei (Ahad) di Dataran Teluk Kemang Port Dickson.

Acara yang bermula 3 petang itu menyaksikan persembahan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Ashikin, Nubhan, dan kumpulan Divine Master.

Selain menghiburkan penonton, artis juga turut melelong barangan peribadi mereka seperti pakaian, kasut, aksesori hiasan dan banyak lagi.

Sebanyak RM1,616 telah pun berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Perlindungan Pernim (rumah perlindungan untuk anak anak hiv positif).

Acara yang berakhir pada jam 6.30 petang bagi kedua-dua hari itu telah pun di kendalikan oleh barisan penyampai Suria Fm seperti Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Bob, Naim dan Dj Lin.

Sebagai kemuncak, sesi Road Tour Lelong Amal seterusnya akan diadakan di Plaza Alam Central Shah Alam pada 27 Jun ini (Sabtu) bermula 3 petang dengan barisan artis popular seperti Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Ramlah Ram, Elyana, Nurul dan ramai lagi.

Selain menghiburkan tetamu dengan 2 buah lagu, setiap artis juga akan turut melelong barangan peribadi mereka untuk disumbangkan kepada Rumah Nur Salam (rumah perlindungan untuk anak-anak terbiar Chow Kit).

orang ramai dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara itu nanti.

Artikel Lain