suria

Polis akan soalsiasat Lindsay tentang kecurian barang kemas

Lohan akan disoalsiasat oleh polis Britain berhubung kecurian barang kemas bernilai 250,000 pound - foto AP

AKTRES Hollywood, Lindsay Lohan akan disoalsiasat oleh polis Britain berhubung kecurian barang kemas bernilai 250,000 pound yang digayakannya untuk sebuah sesi fotografi.

Rantai dan subang permata Dior yang telah dipakai oleh Lohan dilaporkan hilang setelah aktres itu menggayakannya untuk sesi fotografi dengan majalah Elle.

Seorang kakitangan di situ menyedari kehilangan barang kemas itu dua hari kemudiannya.

Difahamkan, orang kuat Dior amat marah bila mengetahui tentang perkara itu.

"Setakat ini kami tidak membuat sebarang penangkapan. Kami akan menyoalsiasat beberapa individu berhubung hal ini," kata jurucakap polis di sana.

Menurt sumber pula: "Barang kemas selalunya dipinjamkan kepada selebriti untuk digayakan di dalam sesi fotografi. Polis sedang berusaha untuk mengenalpasti siapa yang memiliki barang kemas itu.

"Mereka di Dior amat sedih dengan perkara ini. Dan ia juga memalukan majalah tersebut."

Artikel Lain