suria

Gandingan Paris-Ronaldo ibarat Posh-Beckham

Paris Hilton
Paris Hilton
Paris Hilton

SOSIALIT Amerika Paris Hilton ibaratkan dirinya dan bintang bolasepak Christiano Ronaldo umpama Victoria dan David Beckham.

Dia meluangkan masa bersama Ronaldo selama 2 malam dan mahu memulakan kerjayanya dengan berpindah ke Madrid bersamanya.

Mengetahui bahawa Ronaldo berada di Los Angeles, Hilton sanggup meninggalkan teman lelakinya yang merupakan seorang bintang TV Amerika dan pemain 'baseball' Doug Reinhardt, lapor sebuah agensi berita.

Hilton yang dilaporkan berminat untuk memburu kejayaan bersama pemain bolasepak itu memberitahu: "Awak tahu, kami pasti hebat bila bersama.

"Kami sama-sama terkenal kami boleh menjadi lebih hebat dari David Beckham dan Posh Spice. Kami juga lebih hangat dan muda dari mereka sebenarnya!" Hilton juga memberitahu rakannya: "Saya telah beritahu dia saya akan berpindah ke Madrid untuk bersama dia. Saya sudah berjanji."

Menurut sumber terdekat, Posh hanya menganggap Doug sebagai seorang bintang realiti TV.

Sementelah, permintaan terhadap Paris tidak banyak dan bayaran untuk kemunculannya pula telah dipotong.

Ini membuat Posh bekerja keras untuk mendapatkan semula jumlah pendapatannya sama seperti sebelum ini.

"Dia tahu, jika dia berjaya menawan hati Ronaldo dia akan menjadi salah seorang pemilik harta yang terhangat," kata sumber itu.

Artikel Lain