suria

Shahid Kapoor diundi vegetarian paling seksi

Shahid Kapoor dianugerahkan gelaran vegetarian paling seksi.
Shahid Kapoor dianugerahkan gelaran vegetarian paling seksi.
Shahid Kapoor dianugerahkan gelaran vegetarian paling seksi.

SELEPAS Kareena Kapoor, aktor Shahid Kapoor diundi sebagai vegetarian paling seksi di Asia dalam satu tinjauan baru-baru ini.

Keputusan tinjauan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) itu boleh dilayari di laman web PETAAsiaPacific.com . Ia diumumkan pada 10 Jun lalu.

Bintang itu berkata, pemilihannya telah memperbetulkan mitos "kecergasan tidak boleh diperolehi hanya dengan memakan diet sayur-sayuran".

"Saya teruja diundi sebagai vegetarian paling seksi di Asia. Saya memang menyokong hasrat seseorang vegetarian itu. Lebih mengujakan, pengiktirafan itu diperolehi menerusi sesuatu yang dekat di hati saya," menurut Shahid dalam satu kenyataan.

"Diundi sebagai seorang yang seksi adalah perkara persepsi tetapi menjadi vegetarian menuntut perubahan gaya hidup. Ia lahir daripada kebertanggungjawaban," kata Shahid yang akan berlakon bersama Priyanka Chopra dalam filem "Kaminey".

Shahid berkongsi gelaran tersebut dengan aktres Amerika Syarikat, Natalie Portman.

Februari lalu, Kareena dianugerahkan vegetarian paling seksi oleh PETA.

Artikel Lain