suria

Cameron Diaz tidak kisah digelar andartu

AKTRES Cameron Diaz tidak kisah apabila orang lain memanggilnya sebagai anak dara tua atau andartu.

Menurutnya, dia masih mempunyai masa biologi yang panjang untuk berkahwin dan mempunyai anak.

"Saya rasa ia hanya normal untuk orang lain menanya saya tentang keibuan, terutamanya pada peringkat usia saya. Kenapa anda tidak berkahwin dan beranak lagi? Tetapi saya tidak ambil kisah," katanya kepada media.

Menurut laporan media, Diaz melahirkan kekecewaannya kerana wanita yang enggan berkahwin dijadikan seolah-olah rasa bersalah.

"Saya rasa perempuan takut untuk menyatakan dia tidak inginkan anak kerana mereka akan takut dipulau. Bagaimanapun, saya rasa persepsi itu berubah sekarang.

"Saya mempunyai kawan-kawan perempuan yang tidak mempunyai anak daripada mereka yang ada," katanya.

Artikel Lain