suria

Myleene Klass terlekat pada katil

Myleene Klass terpaksa melalui satu insiden memalukan apabila dirinya 'terlekat' di katilnya
Myleene Klass terpaksa melalui satu insiden memalukan apabila dirinya 'terlekat' di katilnya
Myleene Klass terpaksa melalui satu insiden memalukan apabila dirinya 'terlekat' di katilnya

TANPA disangka-sangka, hos televisyen English, Myleene Klass mendapati dirinya terlekat pada katilnya dalam satu insiden yang memalukan, baru-baru ini.

Klass yang menjadi hos program I'm A Celebrity versi Amerika Syarikat telah menyembur ubat penghalau serangga pada badannya.

Ubat tersebut bagaimanapun bertindak balas dengan varnis pada katil sekali gus "melekatkan" dirinya pada kerangka katil tersebut.

Personaliti berusia 31 tahun itu kemudiannya diselamatkan oleh staf hotel, menurut satu sumber.

"Staf hotel terpaksa mengopeknya perlahan-lahan," tambahnya.

Klass ialah bekas ahli kumpulan popular Hear' Say. Kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada Februari, 2001 dianggotai oleh pemenang-pemenang Popstars iaitu satu program realiti televisyen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain