suria

Mariah Carey gila makan 'junk food' di studio

Mariah suka suka menikmati makanan ringan (junk food)ketika berada di dalam studio
Mariah suka suka menikmati makanan ringan (junk food)ketika berada di dalam studio
Mariah suka suka menikmati makanan ringan (junk food)ketika berada di dalam studio

MARIAH Carey seronok merakamkan album terbarunya kerana dia boleh menikmati makanan ringan (junk food) di dalam studio.

Penyanyi tersohor itu kembali aktif pada tahun lalu dan mempamerkan bentuk tubuh badannya yang langsing.

Bagaimanapun, bintang itu tidak lagi menjaga diet ketika dia "terkurung" dalam studio untuk rakaman lagu bagi album yang akan dikeluarkan kelak.

Sekarang, Carey berasa gembira dapat menjauhkan diri daripada menjadi fokus kerana ini memberikannya peluang untuk makan apa-apa yang disukai.

"Mariah suka makanan. Dia sedang membuat album dan makan apa-apa yang digemarinya. Dia telah menambah 15 paun tetapi dia suka potongan badan itu," menurut satu sumber.

"Dia sudah pasti akan menguruskan badan setelah mengeluarkan album. Tetapi buat masa ini, dia sedang menggemukkan mukanya," tambah sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain