suria

Kate Winslet ingin 'berehat' dari Hollywood

Winslet begitu terdesak untuk 'berehat' seketika daripada sebarang filem dan ketika ini sedang merisik-risik untuk terlibat dengan teater muzikal pula

AKTRES Kate Winslet ingin lari seketika daripada kehidupan Hollywood kerana dia akui cukup 'penat' menjadi tumpuan ramai.

Bintang Titanic ini rasa dirinya terlebih 'expose' sebaik memenangi Oscar awal tahun ini menerusi wataknya di dalam filem The Reader.

Winslet begitu terdesak untuk 'berehat' seketika daripada sebarang filem dan ketika ini sedang mengintai peluang untuk terlibat dengan teater muzikal pula.

"Saya rasa saya kena 'bercuti' seketika. Saya penat dengan diri sendiri dan saya yakin orang lain juga seperti itu.

"Tetapi saya teringin untuk buat teater. Ia adalah satu cabaran yang baik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain