suria

Radcliffe bersara berlakon untuk jadi pengarah

Aktor Jim Broadbent (kiri) dan Daniel Radcliffe berlakon dalam filem Warner Bros Pictures "Harry Potter and the Half-Blood Prince".
Aktor Jim Broadbent (kiri) dan Daniel Radcliffe berlakon dalam filem Warner Bros Pictures
Aktor Jim Broadbent (kiri) dan Daniel Radcliffe berlakon dalam filem Warner Bros Pictures "Harry Potter and the Half-Blood Prince".

BINTANG 'Harry Potter', Daniel Radcliffe akan menamatkan karier lakonannya tetapi pada masa yang sama, memulakan kerjaya pengarahan filem.

Perkara itu didedahkan oleh bintang gandingan Radcliffe, Jason Isaacs.

Isaacs, 19, yang memegang watak Lucius Malfoy dalam filem The Potter berkata, Radcliffe mempunyai kerjaya yang lama di Hollywood.

Bagaimanapun, katanya, kerjaya tersebut bukan sebagai seorang pelakon.

"Dia barangkali akan menjadi pengarah atau produser yang terulung. Dia sangat meminati kerja-kerja di belakang kamera," kata Isaacs kepada media.

Radcliffe berusia 11 tahun ketika memegang watak utama dalam "Harry Potter".

Aktor itu telah membintangi beberapa filem dan berani mencuba produksi "Equus" di London dan New York tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain