suria

Paris Hilton nafi berbogel di parti Las Vegas

Paris Hilton bergaya di MTV Movie Awards 2009 di Los Angeles pada 31 Mei, 2009.
Paris Hilton bergaya di MTV Movie Awards 2009 di Los Angeles pada 31 Mei, 2009.
Paris Hilton bergaya di MTV Movie Awards 2009 di Los Angeles pada 31 Mei, 2009.

PARIS Hilton menafikan bahawa dia pernah menari dalam keadaan bogel di depan ahli-ahli perniagaan kaya semasa satu parti di Las Vegas.

Waris perempuan hotel itu didakwa menyertai beberapa penari bogel dan menanggalkan pakaian mereka di hadapan pengunjung parti di Sin City.

Elizabeth Jawhary mendakwa dalam satu laman web bahawa sosialit tersebut "terbang ke Vegas. Kami berparti dengan bersungguh-sungguh."

"(Lelaki akan) bayar aksi-aksi penari wanita tersebut. Saya berada di situ. Dan mereka bayar untuk menontonnya. Paris berbogel dan perempuan yang lain juga bogel," katanya.

Pengarah buku The Six Degrees of Paris Hilton itu menegaskan dia tidak pernah melihat Paris mengambil sebarang wang untuk aksi berbogel itu.

Bagaimanapun, wakil Paris menempelak dakwaan liar tersebut dan menyifatkannya sebagai "satu pembohongan" semata-mata.

"Laporan-laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan satu cerita yang diada-adakan," menurut laporan media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain