suria

Ekta Kapoor berparti tanpa ibubapanya

Ratu drama lipur lara dari India: Ekta Kapoor (kiri) dan Sunita Menon.
Ratu drama lipur lara dari India: Ekta Kapoor (kiri) dan Sunita Menon.
Ratu drama lipur lara dari India: Ekta Kapoor (kiri) dan Sunita Menon.

SEPERTI biasa, Ekta Kapoor merancang untuk mengadakan parti hari jadi sebulan selepas hari jadi sebenarnya.

Selebriti itu mencecah usia 31 tahun pada 7 Jun lalu tetapi sambutan hari jadinya hanya diraih pada 11 Julai ini.

Kelainan majlis hari jadi kali ini ialah ibubapanya tidak diundang.

Sambil senyum tersipu-sipu, Ekta menjelaskan: "Saya tidak boleh berpesta di depan ibubapa saya kerana bapa saya terutamanya masih melayan saya sebagai seorang budak.

"Beliau akan mengusik-usik rambut saya, mencium dahi saya dan mengehadkan masa saya berpesta.

"Bagi bapa, saya masih anak perempuannya yang berusia 12 tahun," katanya.

Jadi, apakah perancangan Ekta untuk ayahnya?

"Saya rasa saya akan menjemput kedua-dua ibubapa saya ke apartmen saya yang berdekatan dengan rumah saya.

"Ibu saya ialah kawan saya. Namun, dia tidak mungkin meninggalkan bapa saya dan berpesta dalam parti saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain