suria

Ricci-Benjamin bergaduh dan terus putus tunang

Christina Ricci
Christina Ricci
Christina Ricci

AKTRES dari Amerika Syarikat, Christina Ricci dan teman lelakinya, Owen Benjamin dilaporkan telah putus tunang.

Sumber terdekat dengan pasangan itu mendedahkan, mereka membuat keputusan drastik tersebut ekoran terlibat dalam pergaduhan.

"Own menyambut hari jadi dalams aebuah parti pada Ahad lalu dan segala-galanya berjalan lancar. Namun, tidak semena-mena mereka berbalah dan bercadang untuk menilai semula perhubungan mereka.

"Dan akhirnya, pertunangan itu diputuskan," menurut sumber tersebut.

Dalam pada itu, sumber lain pula mendedahkan pasangan tersebut telah memutuskan pertunangan mereka sebelum minggu lepas lagi.

"Mereka masih rapat lagi. Mereka bercakap-cakap hampir setiap hari. Mereka berdua akur dengan keputusan matang tersebut," kata sumber itu.

Ricci, 29, menemui Benjamin pada tahun 2008 semasa penggambaran filem 'All's Faire in Love' dan mula berpacaran pada Oktober tahun lepas.

Mereka kemudiannya bertunang pada Mac lalu.

Artikel Lain