NK jadi manusia bersifat haiwan? - Hiburan | mStar

NK jadi manusia bersifat haiwan?

NK (kanan) ketika mengacara program Wanita Hari Ini di TV3.
NK (kanan) ketika mengacara program Wanita Hari Ini di TV3.

PELUANG untuk mengacara dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 sejak sebulan lalu tidak disia-siakan oleh aktres Norish Karman.

Malah, perasaan untuk kembali mengacara semakin membuak-buak dalam dirinya selepas sekian lama meninggalkan bidang tersebut sejak dirinya memenangi tempat kedua dalam pertandingan Pengacara Jemputan Nona (PJN) pada tahun 1994.

Menurut Norish atau mesra dengan nama NK, dia memulakan kariernya dalam bidang seni ini sebagai pelakon dan selepas itu barulah menyusul karier dalam bidang pengacaraan.

“Selepas menang dalam pertandingan PJN 1994, saya ditawarkan berlakon dalam filem Sayang Salmah.

“Selain itu, saya juga berpeluang mengacara beberapa buah program bersiri seperti Aura Rasa untuk RTM1 tetapi saya mengacara secara ‘on and off’.

“Tetapi kebanyakannya adalah program dalam bentuk rakaman sebaliknya saya mengacara secara langsung dalam WHI.

“Saya anggap peluang ini ibarat mendapat api yang ditambah bara,” luah NK yang turut sibuk berlakon dalam drama 20 episod Puteri Arora untuk slot Lagenda TV3.

Jelas NK, walaupun dia lebih banyak berlakon daripada mengacara, namun pengalamannya dalam bidang lakonan sebenarnya turut membantu dirinya lebih yakin untuk berada di depan kamera.

“Saya berasa seronok apabila dapat mengacara semula. Bagi saya, kita buat apa-apa pun ada cabarannya.

“Saya lebih suka bersikap terbuka dan melakukan seperti apa yang produser inginkan.

“Saya sudah biasa berlakon dan rasanya tidak sukar untuk melakukan kerja ini atas sebab ‘passion’.

“Lagipun saya memang meminati dan mahu serius dalam bidang ini dari awal tetapi rezeki saya lebih banyak berpihak dalam bidang lakonan,” katanya.

Sejak cerita kontroversi antara NK dan bekas suaminya tersebar, rezekinya semakin mencurah-curah dalam industri seni ini.

“Alhamdulillah, berkat tercetusnya kontroversi tentang saya dan Datuk, mungkin orang rasa perkara itu telah memburuk-buruk saya.

“Allah Maha Besar dan ramai yang bersimpati serta memberikan sokongan yang memberangsangkan.

“Mereka juga tidak menidakkan kebolehan saya. Jadi, saya umpama sebahagian daripada TV3 dan pernah menjadi team mereka dari dahulu.

“Saya rasa tak salah untuk saya menceburi bidang ini kerana saya juga melalui proses ujibakat secara terbuka.

“Saya sedia menerima kritikan samada positif atau negatif,” ujarnya yang banyak membuat ‘homework’ dengan membaca banyak akhbar.

Teringin jadi MC ‘dinner show’

Selepas kembali dalam dunia pengacaraan ini, semangat NK untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang ini semakin menebal.

Kata NK, dia teringin untuk mengendalikan mana-mana majlis makan malam.

“Saya nak jadi MC atau menyanyi di mana-mana ‘dinner show’,” katanya.

Bawa watak ‘orang ketiga’ yang jahat

Kini, NK berlakon drama episod 20 episod 'Puteri Arora' terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. untuk TV3 yang akan disiarkan pada Julai depan.

“Saya rasa ini merupakan pertama kali saya berlakon watak jahat. Saya memegang watak Sofea yang mendera Aishah lakonan Rozita Che Wan kerana tidak mahu melihat dia bahagia dengan Imran lakonan Eizlan Yusof.

“Saya menjadi seorang manusia bersifat haiwan sehingga sanggup mendera mental orang lain kerana mahu merebut hati orang yang tidak menyintainya,” tambahnya lagi.

Meskipun NK membawa watak Sofea, dia ibaratkan dirinya seperti Aishah yang teraniaya.

Artikel Sebelum

Nabil mesra-samseng jalanan!

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain