suria

Leona Lewis tolak jemputan Obama untuk menyanyi

Leona terpaksa menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menyanyi kerana terlalu sibuk

PENYANYI British, Leona Lewis telah menolak jemputan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menyanyi kerana dia terlalu sibuk menghasilkan album keduanya.

Penyanyi berusia 24 tahun itu kini sedang menyediakan trek lagu untuk kemunculan albumnya, "Spirit".

Dia juga bertekad untuk menyediakannya dengan baik sehingga dia sanggup menolak jemputan untuk melawat Rumah Putih, menurut laporan media.

"Leona berasa teruja untuk dijemput ke majlis makan malam oleh Obama. Dia benar-benar ingin berjumpa dengan Obama dan isterinya, Michelle yang merupakan penyokong kuat dan memiliki album Spirit.

"Malangnya, ia bercanggah dengan jadual ketatnya untuk menyiapkan album keduanya," menurut satu sumber.

"Jadual Leona cukup padat dengan aktiviti-aktiviti. Tidak mungkin dia dapat meluangkan masa ke Rumah Putih," tambah sumber itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain