suria

Madonna hanya kawan, tidak lebih dari itu - Luz

Jesus Luz
Jesus Luz
Jesus Luz

MODEL Brazil, Jesus Luz menyifatkan perhubungannya dengan Madonna sekadar kawan sekali gus menafikan khabar angin mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Luz jarang sekali mengumumkan pendiriannya tentang persoalan cinta dengan Madonna secara terbuka.

Luz bertemu dengan Madonna pada Disember lalu di satu sesi fotografi di mana mereka bergaya untuk satu siri penggambaran.

Set penggambaran itu dilakukan beberapa minggu sebelum perceraian Madonna dengan pembikin filem, Guy Ritchie dimeteraikan pada Januari, menurut laporan media.

Selepas itu, mereka berdua dilaporkan sering berdua-duan ke merata tempat, sekali gus mencetuskan spekulasi penyanyi berusia 50 tahun itu menganggap Luz sebagai kekasihnya.

Malah, Luz dikhabarkan akan mengahwini Madonna. Bagaimanapun, Luz menafikannya.

"Dia (Madonna) ialah seorang yang amat saya kagumi. Seorang kawan dalam kehidupan saya yang pernah sama-sama bekerja dan berinteraksi.

"Saya tidak boleh lagi bercakap lebih daripada itu. Dia ialah kawan saya, tidak lebih daripada itu," kata Luz.

Artikel Lain