suria

Paris Hilton ingin berlakon filem arahan Quentin Tarantino

Paris Hilton
Paris Hilton
Paris Hilton

SOSIALIT Paris Hilton ingin kembali berlakon dan muncul di layar perak jika Quentin Tarantino mengarahkan filem itu.

Bintang realiti televisyen itu telah berlakon sebagai aktres sampingan termasuk filem seram untuk remaja - 'House of Wax' dan 'Repo! the Genetic Opera'.

Selebriti berambut perang keemasan itu berkata, dia menggemari filem-filem Tarantino dan percaya Tarantino satu-satunya pengarah filem yang dapat memperkembangkan bakat lakonannya.

"Saya cenderung membuat program realiti berbanding berlakon kerana saya dapat menjadi saya sendiri.

"Bagaimanapun, jika Tarantino merupakan pengarah filem itu, saya akan berlakon," menurut sumber.

"Saya ingin menjadi 'Bride' seterusnya seperti Uma Thurman dalam filem 'Kill Bill'," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain