suria

Kay Kay tolak tawaran berlakon dengan Mallika Sherawat

Kay Kay Menon (kanan) dengan Raima Sen.
Kay Kay Menon (kanan) dengan Raima Sen.
Kay Kay Menon (kanan) dengan Raima Sen.

DI Bollywood, apa yang diminta Mallika Sherawat, aktres jelita itu akan berjaya memperolehinya.

Malah boleh dikatakan, tidak banyak lelaki dalam industri hiburan 'berani' berkata tidak pada siapa lagi, jika bukan Mallika Sherawat.

Big B misalnya telah menerima jemputannya untuk berjoging secara perlahan-lahan untuk National Televisyen.

Sekarang tidak lagi. Ini kerana aktor berbakat, Kay Kay Menon menolak pelawaan Mallika untuk berlakon dalam rumah produksinya, Hisss.

Sumber memberitahu,"Mallika ialah seorang peminat hasil kerja Kay Kay, terutamanya kegigihannya bekerja.

"Mereka juga pernah berlakon bersama dalam filem Maan Gaye Moghal-E-Azam arahan Sanjay Chhel dan Mallika memujinya (Kay Kay Menon)," kata sumber itu lagi.

Oleh itu, Mallika terkenangkan Kay Kay apabila dia memerlukan seorang pelakon yang gigih bekerja. Lantas dia menghantar satu skrip kepadanya.

Selepas beberapa hari, Kay Kay memberitahu dia tidak dapat menerima tawaran berlakon tersebut. Difahamkan, ekoran itu, Mallika memutuskan perbualan telefonnya dengan Kay Kay Menon.

Artikel Sebelum

Artikel Lain