suria

Penny-Rod Stewart dambakan anak perempuan

Rod dan isteri dambakan seorang anak perempuan untuk melengkapkan rumahtangga mereka
Rod dan isteri dambakan seorang anak perempuan untuk melengkapkan rumahtangga mereka
Rod dan isteri dambakan seorang anak perempuan untuk melengkapkan rumahtangga mereka

UNTUK menghentikan semua spekulasi yang dia sedang mengandung, isteri Rod Stewart, model jelita Penny Lancaster telah menyarung bikini ketika berlibur di Tenerife baru-baru ini.

Gosip kononnya dia sedang hamil anak kedua heboh diperkatakan apabila Penny dilihat menyarung baju floral yang longgar ketika hadir di pertunjukan Chelsea Flower di London.

Kini, model berusia 38 tahun itu mampu tersenyum apabila spekulasi yang mengatakan dia hamil ternyata tidak benar.

"Pakaian yang longgar menyebabkan ramai yang salah anggap kata Penny hamil," kata satu sumber.

Penny, yang juga seorang model pakaian dalam, berkahwin dengan pemuzik terkenal, Rod Stewart, 64, dua tahun yang lepas. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun bernama Alastair.

Pasangan ini tidak menidakkan yang mereka teringin sekali mempunyai seorang anak lagi. Penny telah cuba untuk mengandung lagi tetapi gagal setakat ini.

"Mungkin kesibukan Rod yang sering membuat promosi dan pertunjukan di merata tempat membuatkan perancangan ini tampak lebih sukar. Mereka teringin mempunyai seorang anak perempuan," kata sumber itu lagi.

Penny dan Rod sudah bersama selama sembilan tahun. Rod juga mempunyai enam orang anak dari perkahwinan yang dulu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain