suria

Kim Kardashian lancarkan DVD senaman kecantikan

Kim sedang hangat dilamun cinta dengan pemain bolasepak Amerika, Reggie Bush
Kim sedang hangat dilamun cinta dengan pemain bolasepak Amerika, Reggie Bush
Kim sedang hangat dilamun cinta dengan pemain bolasepak Amerika, Reggie Bush

BINTANG realiti TV, Kim Kardashian tidak menunggu lama untuk mendedahkan rahsia kecantikan badannya. Kim telah melancarkan koleksi DVD bertajuk, "Fit In Your Jeans by Friday" tentang cara-cara meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Siri DVD yang dijual dalam tiga bahagian berasingan - cara-cara mendapatkan bentuk badan, punggung dan keseluruhan otot-otot telah mula dijual di Amerika pada bulan lepas.

Kim, yang berusia 28 tahun itu, turut menjayakan promosi DVDnya dengan memakai bikini berwarna biji kundang.

Bisness DVD yang baru diceburinya merupakan salah satu dari cabang perniagaan yang diusahakan oleh keluarganya di Florida. Adik-beradiknya yang lain, Kourtney, 30 dan Khloe, 24, pula sibuk mengurus butik di Miami.

Sebelum ini, Kim pernah mempunyai badan yang agak gempal tetapi mujurlah dia mengikuti senaman yang disyorkan di dalam DVDnya.

Sementara itu, gosip bertiup kencang tentang berita pertunangannya dengan pemain bolasepak Amerika, Reggie Bush, apabila beliau sibuk mencari cincin tunang baru-baru ini.

Pasangan Bush-Kim sudah bersama hampir dua tahun. Kim pernah berkahwin dengan produser muzik Damon Thomas pada tahun 2004 tetapi mereka bercerai empat tahun selepas itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain