suria

Katie ingin rujuk, Andre pula bersikap dingin

Saat-saat manis antara Andre dan Price hanya tinggal kenangan kini
Saat-saat manis antara Andre dan Price hanya tinggal kenangan kini
Saat-saat manis antara Andre dan Price hanya tinggal kenangan kini

PINTU hati pemain muzik Peter Andre bagaikan tertutup walaupun isterinya, model Katie Price merayu diberi satu lagi peluang.

Katie, yang telah memfailkan perceraian sebelum ini, telah mengirim sebuah teks SMS kepada Andre meminta diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan.

Yang menghairankan, sebelum ini model glamor Katie yang beriya-iya ingin meneruskan walaupun Andre masih menyayanginya.

Semuanya bermula apabila Andre menghantar teks ucapan hari jadi kepada Katie, Jumaat lalu. Dan Katie membalas dengan berkata, "Terima kasih, bolehkah kita berbincang..."

Katie juga khabarnya sudah bersedia memberitahu peminat-peminatnya kenapa mereka berpisah apabila sudi menjayakan program bual bicara Jonathan Ross.

Dalam satu temubual dengan sebuah majalah, Katie memberitahu yang dia ingin rujuk kembali kepada Andre.

"Saya bertemu dengan peguam untuk bercerai kerana pada ketika itu saya buntu dan tidak tahu apa lagi hendak buat. Tapi kini, saya ingin berbincang dengan Andre dan mahu teruskan perkahwinan ini kalau Andre setuju," kata Katie, yang berusia 28 tahun itu.

Menurut sumber terdekat, "Andre akan selalu mencintai Katie. Masalahnya bukan Andre yang meninggalkan Katie tetapi sebaliknya."

Tapi kini, mungkin Andre sudah mula menunjukkan sikap dingin.

Terbaru, Andre kelihatan cukup gembira menghabiskan masa bersama anak-anaknya di Brighton sempena Bank Holiday baru-baru ini.

Sementara Andre bergembira dengan anak-anak, Katie pula menghabiskan masa bersama teman barunya Andrew Gould, seorang model yang dikatakan menjadi keruntuhan rumahtangganya.

Namun kenyataan ini dinafikan oleh Katie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain