Aykroyd mengesahkan penggambaran filem Ghostbusters 3 akan bermula tidak lama lagiDAN Aykroyd mengesahkan penggambaran filem Ghostbusters 3 akan bermula musim sejuk ini.Terdahulu, dilaporkan Sigourney Weaver yang memegang watak sebagai Dana Barrett untuk dua sekuel filem itu sebelum ini, enggan berlakon. Bagaimanapun, Aykroyd mendedahkan barisan pelakon asal akan kekal memainkan watak-watak dalam filem 1984 tersebut.Dia berkata, Weaver telah menurunkan tanda tangan untuk terlibat dalam projek tersebut. Turut bersetuju terlibat dalam projek itu ialah Bill Murray, Harold Ramis dan Ernie Hudson.Aykroyd masih bimbang projek itu mungkin terbengkalai bila-bila masa tetapi dia berharap filem baru itu akan menampilkan generasi baru Ghostbusters yang terdiri daripada perempuan.