Rod Stewart dan isteri idam anak kedua - Hiburan | mStar

Rod Stewart dan isteri idam anak kedua

Rod Stewart
Rod Stewart

PEMUZIK terkenal dari Britain, Rod Stewart dan isterinya bersungguh-sungguh inginkan anak kedua kerana mereka semakin berusia.

Mereka takut kitaran biologi untuk mempunyai anak hampir sampai ke penghujungnya.

Rod dan Lancaster yang mempunyai anak berusia tiga tahun - Alastair, telah cuba berusaha untuk mempunyai anak lagi lebih dari setahun.

"Saya percaya lawatan dan kunjungan Rod ke sana-sini merupakan hambatan dalam usaha kami. Kami bagaimanapun masih menyimpan hasrat yang tinggi," katanya kepada media.

"Ia menyentuh soal umur. Ia (Keupayaan untuk beranak) semakin sukar apabila kita semakin berusia," tambahnya.

Rod mempunyai lima anak - Kimberly, Sean, Ruby, Renee and Liam - hasil perkongsian hidupan dengan pasangan terdahulu.

Artikel Sebelum

Rahsia kurus cara Bienda

Artikel Berikut

Sandra Bullock `benci' muzikal

Artikel Berkaitan

Artikel Lain