suria

Simon Cowell Mr Nasty?

Simon Cowell
Simon Cowell
Simon Cowell

SIMON Cowell dikenali ramai menerusi komen `berbisa' dalam program pencarian bakat. Sekarang, ahli-ahli keluarga Simon Cowell membuka pekung bahawa tingkah lakunya yang `menjijikkan' turut mempengaruhi kehidupan peribadinya.

Ibu dan adik-beradik Juri Got Talent (Britain) itu mendedahkan, Cowell adalah menyusahkan sebelum dia muncul di kaca televisyen.

"Dia budak yang menyusahkan dan dia tahu apa yang dikehendakinya," katanya kepada media.

Adiknya, Nicolas Cowell memberitahu: "Dia merupakan salah seorang kanak-kanak yang tekad mencapai sesuatu sejak kecil lagi dan sangat kompetitif sebagai kanak-kanak."

"Simon pernah mengundurkan kereta ke jalan masuk rumah dan melanggar kereta ayah sehingga cermin pecah. Dia mengutip serpihan kaca tersebut dan meninggalkannya di depan rumah.

"Kemudian, dia melepaskan brek tangan kereta ayahnya dan memandu keluar. Ibu saya merupakan orang terakhir menggunakan kereta ayah, jadi Simon mencadangkan ibu tidak menggunakan brek tangan!

"Kami selalu bermasalah kerana selalu membuat sesuatu," tambah Nicolas.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain