suria

Sandra Bullock `benci' muzikal

Sandra Bullock
Sandra Bullock
Sandra Bullock

AKTRES Hollywood, Sandra Bullock telah memberikan isyarat `Saya bencikan muzikal' kepada para pengarah muzikal.

Sehubungan itu, dia berharap mereka tidak mendekatinya untuk menawarkan sebarang tawaran muzikal.

Media melaporkan, aktres "Miss Congeniality" itu telah banyak membintangi komedi romantik tetapi dia `benci' melihat pelakon menyanyi sambil menari di Broadway mahupun di layar perak.

Selebriti berusia 44 tahun itu juga menegaskan, dia hanya akan berlakon dan enggan terlibat dalam muzikal.

"Saya tidak akan sesekali terlibat dalam muzikal. Saya bukan seorang penyanyi. Orang ramai tidak ingin melihat saya beraksi dalam muzikal. Saya benci muzikal. Saya tahu kemampuan saya," kata Bullock.

Artikel Sebelum

Simon Cowell Mr Nasty?

Artikel Berikut

Artikel Lain